Elizabeth
Elizabeth
Agensi

London: Ratu Elizabeth nyaris ditembak seorang pengawalnya sendiri ketika dia bersiar-siar awal pagi di perkarangan istana.

Akhbar The Times semalam melaporkan kejadian itu tetapi tidak menyebut bila ia berlaku.

Dalam laporannya, akhbar itu menyatakan, pengawal terbabit menjerit di tengah kegelapan apabila melihat bayang seseorang berjalan sekitar Istana Buckingham pada jam 3 pagi.

Ia sebenarnya ratu berkenaan yang bersiar-siar untuk menghirup udara segar kerana tidak boleh tidur.

Pengawal itu memberitahu Elizabeth, dia hampir melepaskan tembakan.

Bagaimanapun, menurut Times, ratu itu menjawab: “Lain kali saya akan telefon sebelum keluar bersiar-siar supaya kamu tidak perlu menembak saya.”

Elizabeth melakukan tugas rasminya buat kali pertama kelmarin selepas dilaporkan tidak sihat sehingga memaksanya berehat ketika sambutan Krismas dan Tahun Baru. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 January 2017 @ 7:29 AM