London: Selepas pilihan raya minggu lalu, Britain kini mempunyai anggota Parlimen gay paling ramai di dunia.

Terdapat 32 anggota Parlimen yang secara terbuka mengaku mereka gay, lesbian dan biseksual.

Jumlah berkenaan mengatasi 12 anggota Parlimen gay dan lesbian di Sweden dan 10 di Parlimen Belanda.

Kedua-dua negara berkenaan selama ini berasa bangga dengan sikap liberal mereka terhadap hak homoseksual.

Menurut majalah New Statesman, 13 daripada anggota Parlimen Gay di Parlimen Britain mewakili Parti Buruh, 12 Konservatif dan enam wakil Parti Nasionalis Scotland.

Sebelum ini, jumlah anggota Parlimen gay ialah 26.

Parti Konservatif meletakkan calon gay paling ramai berbanding parti lain pada pilihan raya berkenaan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 8:52 AM