Penduduk Indonesia yang membantah homoseksual dan LGBT. - Foto Fail/ANTARA
Penduduk Indonesia yang membantah homoseksual dan LGBT. - Foto Fail/ANTARA
AFP

Jakarta: Satu pasangan gay ditangkap polis selepas gambar mereka bercium di Facebook mencetuskan kemarahan penduduk Indonesia.

Pelajar universiti berusia 22 tahun dan pasangannya, pekerja pejabat 24 tahun, ditahan di Manado, Sulawesi, Selasa lalu.

Jurucakap polis Marzuki berkata, pasangan itu ditangkap selepas pengguna media sosial membuat aduan mengenai gambar mereka yang bercium di atas katil.

“Pasangan itu mengaku gambar dua lelaki sedang bercium yang dimuat naik pada 9 Oktober lalu, adalah mereka dan menyiarkan gambar berkenaan sebagai bukti cinta mereka,” katanya.

Gambar itu kemudian dipadamkan oleh Facebook selepas diminta oleh Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Minggi ini, Kementerian Belia dan Sukan melarang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada memohon kerja.

Homoseksual bukan kesalahan di Indonesia namun polis boleh mendakwa pasangan itu kerana melanggar undang-undang anti pornografi dan peraturan kandungan Internet.

Pasangan itu yang tidak ditahan dan identiti tidak didedahkan, berdepan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 7:43 PM