Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Datuk Nicol Ann David memulakan pemburuan merangkul kejuaraan kali keenam Terbuka British dengan langkah meyakinkan selepas memenangi pusingan pertama, menewaskan pemain Wales Tesni Evan 11-2, 11-4, 7-11, 11-9 semalam.

Nicol yang turun selaku juara bertahan dan mendominasi Terbuka British pada 2005, 2006, 2008, 2012 serta tahun lalu, memerlukan masa selama 56 minit untuk menewaskan lawannya itu pada perlawanan yang berlangsung di Universiti Hull.

“Perlawanan itu sangat menarik. Gembira menerima sokongan pelajar Malaysia di sini,” katanya.

Berikutan kemenangan itu, Nicol bertemu pemain England Emma Beddoes pada pusingan kedua awal pagi tadi.

Kemaraan Nicol turut diiringi Delia Arnold yang menewaskan pilihan kelima Alison Waters 11-8, 11-5 dan 11-4 dalam tempoh 35 minit.

Delia pula bertemu wakil Hong Kong Annie Liu, juga awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 7:06 AM