Oleh Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Delia Arnold (gambar) terus mempamerkan aksi cemerlang pada Kejohanan Skuasy Terbuka British apabila menewaskan pemain Hong Kong, Annie Au pada pusingan kedua, sekali gus menempah tiket ke suku akhir.

Pada perlawanan di Airco Arena di Hull, London semalam pemain negara itu terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Annie dengan 7-11, 11-8, 12-10 dan 11-9.

“Sudah tentu saya gembira kerana menang perlawanan ini. Ini antara perlawanan terbaik pernah saya harungi.

“Saya akan terus kekal fokus untuk perlawanan selepas ini,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Pada aksi suku akhir hari ini, Delia bakal berdepan tugas sukar bertemu pilihan kedua, Raneem El Weleily.

Sementara itu, juara bertahan dan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David bertemu Emma Beddoes pada pusingan kedua awal pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 10:20 AM