ARIANI dan Comfort jalin kerjasama untuk beri keyakinan kepada wanita berhijab.
ARIANI dan Comfort jalin kerjasama untuk beri keyakinan kepada wanita berhijab.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Debu, asap kenderaan dan asap rokok serta persekitaran yang kurang menyenangkan menyebabkan tudung dan selendang wanita tidak lagi mengekalkan haruman yang sama seperti mana ketika baru mula dipakai. Ini membuatkan ada kala­nya wanita kurang selesa dengan penampilan diri lantas menggunakan minyak wangi bagi menghilangkan bau-bauan ini.

Menyedari pentingnya hijab yang sempurna bukan saja me­ngikut syariat Islam, tetapi membabitkan pengekalan kebersihan dan juga haruman berkekalan mendorong butik eksklusif Galeri Ariani menjalinkan kerjasama buat kali pertama dengan peneraju jenama pelembut fabrik dunia, Comfort.

Jalinan antara Ariani dan Comfort ini bertujuan menampil­kan golongan wanita dengan penuh kelembutan dan keyakinan. Bagi mencapai impian ini, busana fesyen hijab Ariani kini didatangkan dengan inovasi terbaru Comfort bagi menjanjikan kesegaran dan haruman berpanjangan.

Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, melalui kerjasama ini, koleksi tudung Ariani kini disegarkan dengan keharuman berpanjangan daripada Comfort yang akan melonjakkan nama Ariani seiring dengan arus fesyen terkini.

“Kami berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengan salah satu peneraju jenama pelembut fabrik terkenal dunia yang bakal memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Dengan mengetengahkan koleksi moden, elegan serta sopan, disulam dengan rekaan berinovasi tinggi, busana tudung Galeri Ariani direka dengan kualiti fabrik terbaik bagi memastikan pelanggan tampil bergaya dengan koleksi tudung kami. Kelembutan dan keharuman Comfort menyerlahkan penampilan tudung agar pelanggan tampil anggun dan berkeyakinan tinggi,” katanya.

Melalui jalinan kerjasama ini, juga setiap tudung dan selendang Ariani diharumkan dengan penjagaan fabrik terbaik melalui penggunaan Comfort Ultra. Pelembut fabrik Comfort Ultra dengan teknologi NCAP, melindungi fabrik daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh di samping memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari.

Menurut Pengarah Pemasaran Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Herry Budiazhari, fesyen hijab kini direka untuk menampilkan keperibadian wanita di samping me­ngekalkan kesopanannya.

“Sebagai peneraju pasaran busana Muslimah, rangkaian tudung dan selendang Ariani memberi inspirasi kepada wanita agar tampil bergaya dan Comfort gembira untuk bekerjasama dengan Ariani bagi menawarkan pakej lengkap - fesyen yang disegarkan dengan haruman, satu inovasi baru dalam dunia fesyen hari ini,” katanya.

Pada majlis pelancaran, rakan media berpeluang menyaksikan demonstrasi penjagaan fabrik dengan tudung hijab Ariani yang harum bersama duta jenama Ariani, Bella Dally dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin. Turut serta, Shazreen Fazlynda, Youtuber popular serta perunding imej hijab, Emi Idura. Bella Dally dan Shazreen juga memperkenalkan video berunsur jenaka yang menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi oleh si pemakai hijab apabila berhadapan bau yang tidak menyenangkan. Video ini boleh ditonton menerusi laman sosial Facebook Ariani dan Comfort, saluran penjagaan rumah YouTube Unilever Malaysia dan saluran Youtube Shazreen Fazlynda: www.youtube.com/user/pinkmarbless.

Sebagai permulaan, semua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall akan disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Bagi memberikan pengalaman yang lebih indah, pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 daripada mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula 1 April sehingga 31 Julai 2015. Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggannya bermula 24 April sehingga 30 Jun 2015.

Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara dalam talian melalui laman web,eshop.tesco.com.my. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai kempen atau ingin menonton video, sila layari www.facebook.com/ComfortMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 5:20 AM