TELEKUNG eksklusif dan selesa.
TELEKUNG eksklusif dan selesa.
KOLEKSI tudung terbaru dari Galeri Ariani.
KOLEKSI tudung terbaru dari Galeri Ariani.
KOLEKSI tudung terbaru.
KOLEKSI tudung terbaru.
Faizatul Farlin Farush Khan

Menyuntik semangat Aidilfitri yang bakal tiba, Galeri Ariani memperkenalkan koleksi terbarunya, Ariani Lebaran 2016, bersama rekaan hijab dan busana lebih segar dengan padanan warna ceria dan anggun.

Menawarkan 100 pilihan hijab dengan kombinasi warna, material dan cetakan unik dan moden, ia memberi peluang kepada wanita untuk bergaya dan kelihatan menarik setiap kali melangkah keluar.

Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhamad Philip berkata, koleksi terbaru yang diperkenalkan pasti akan memberi pengalaman lebih eksklusif dalam penggayaan hijab dan busana raya tatkala menyambut perayaan bersama keluarga.

“Tudung segera ini dihasilkan berdasarkan kehendak pelanggan yang mahukan sesuatu yang mudah digayakan tetapi mempunyai sentuhan eksklusif termasuk dihias dengan batu swarovski dan perincian renda berkualiti tinggi,” katanya pada majlis pelancaran koleksi Ariani Lebaran 2016, baru-baru ini.

Koleksi hijabnya terdiri daripada selendang dan tudung segera, merangkumi pilihan hijab polos dengan warna pastel dan garang, sehingga dalam pilihan corak indah. Lebih menarik, semua koleksi hijab bermula pada harga serendah RM69.

Corak yang ditampilkan turut menyuntik pengalaman perayaan di desa dengan mengadaptasi unsur alam, motif dasar lautan, flora dan cetakan abstrak.

Selain itu, Galeri Ariani turut memperkenalkan koleksi Ariani Stokist X Siti Nurhaliza dengan sentuhan tiga elemen utama iaitu eksklusif, sopan dan kontemporari yang menawarkan 14 koleksi tudung segera dan selendang hanya boleh didapati melalui stokis berdaftar Ariani di seluruh negara.

Pada masa sama, koleksi Tarawikh Telekung Ariani X Siti Nurhaliza, juga diperkenalkan kepada pelanggan yang mahu telekung lebih selesa. Ia dijahit mengikut bentuk muka pemakai dan diperbuat daripada material lembut dan sejuk.

Demi memberi pilihan kepada pelanggan, Ariani Ready To Wear turut ditampilkan dengan tema ‘Glam Lebaran’, yang merangkumi The Maya Series, The Blooming Series dan The Chantilly Series yang dijual pada harga bermula RM179.

Bagi pelanggan yang mahukan penampilan lebih eksklusif, koleksi The Premium Series dengan sentuhan mewah, ditawarkan dalam kuantiti terhad.

Semua koleksi turut ditawarkan dalam saiz besar bagi memberi peluang kepada semua wanita untuk bergaya menarik pada Aidilfitri nanti.

Koleksi itu boleh didapati di Butik Ariani RTW di Jakel Mall Kuala Lumpur dan Wisma Jakel Shah Alam. Kesemua koleksi dijual bermula 25 Mei hingga 5 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2016 @ 5:00 AM