DUTA jenama (dari kiri) Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad menggayakan koleksi HARRY POTTER X ARIANI Collaboration Vol. 2.
DUTA jenama (dari kiri) Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad menggayakan koleksi HARRY POTTER X ARIANI Collaboration Vol. 2.
Noor Nabilah Ibrahim


Jenama fesyen Ariani mengumumkan koleksi HARRY POTTER X ARIANI Collaboration Vol. 2 dengan kerjasama Warner Bros khas untuk peminatnya.

Koleksi ini mendapat inspirasi dari sukan Quidditch dalam filem Harry Potter dengan menampilkan pelbagai jenis tudung, barangan, aksesori dan pakaian sedia pakai untuk pelbagai peringkat usia.

Antara koleksi yang diperkenalkan termasuk selendang siluet Quidditch dan logo Hogwarts di tengahnya dengan enam pilihan warna terang.

Menariknya, setiap reka bentuk menggabungkan logo rumah dengan motif huruf H dalam cetakan.

Selain itu, cincin selendang dan kerongsang yang unik dalam bentuk Golden Snitch menambahkan sentuhan ajaib pada pakaian.

Dalam pada itu, Ariani tampil memenuhi permintaan pelanggan dengan menghasilkan rangkaian koleksi sedia pakai santai terdiri daripada jaket universiti, blaus, kardigan, jumper, hoodie dan kemeja T.

Setiap pakaian dihasilkan dengan teliti menggunakan fabrik premium, tahan lama dan teknik ketukangan yang luar biasa.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Farah Haryani Muhammad Philip meluahkan penghargaan dan perasaan teruja bekerjasama dengan Harry Potter yang diiktiraf di peringkat global.

"Kami sangat teruja dapat memulakan satu lagi perjalanan yang luar biasa dengan Warner Bros dan Harry Potter.

"Koleksi inspirasi Quidditch sangat 'ajaib' dan kami tidak sabar untuk berkongsi koleksi itu dengan pelanggan," katanya.

Koleksi HARRY POTTER X Ariani Collection Vol. 2 ini boleh didapati di semua cawangan RTW Ariani dan Ariani seluruh negara bermula pada 26 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2023 @ 4:41 PM