BIEBER
BIEBER

London: Lembaga penapisan Iran kini berusaha menghalang gambar perut Justin Bieber yang dipenuhi tatu disiarkan di Instagram.

Gambar bintang pop tidak berbaju itu kerap muncul di telefon pintar warga Iran sejak kebelakangan ini selain gambar Kim Kardashian berpakaian dalam serta Jennifer Lopez di karpet merah.

Mahmood Enayat dari kumpulan penyelidikan Small Media berkata, rakannya di Iran mengesahkan berjaya mengakses gambar seksi berkenaan, kelmarin.

Akaun Bieber, Jennifer dan Kim antara sekurang-kurangnya 983 yang sebelum ini disekat di Iran. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 8:13 AM