FAHRIN Ahmad. FOTO Aziah Azmee
FAHRIN Ahmad. FOTO Aziah Azmee
Oleh Michelle Gun


Kuala Lumpur: Pelakon Fahrin Ahmad mengumumkan akan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, Sabtu ini.

Bagaimanapun, pelakon itu enggan mendedahkan siapa bakal isterinya dan akan memperkenalkan wanita itu kepada pihak media di majlis itu nanti.

Fahrin berkata, dia memilih untuk merahsiakan mengenai perkahwinannya di atas permintaan keluarga pihak wanita.

"Saya meminta media supaya tidak mendesak saya untuk mendedahkan identiti bakal isteri dan tunggu majlis nanti," katanya di sidang media khas di sini, sebentar tadi.

Katanya, orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengungkit semula kontroversi yang pernah membabitkannya.

"Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai bakal akan dirahsiakan sehingga hari pernikahan kerana tidak mahu orang ramai membuat spekulasi dan mengeluarkan kata-kata negatif di laman sosial," katanya.

Fahrin berkata, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan media sahaja.

"Insyallah resepsi majlis perkahwinan masih dalam perbincangan dan tarikh akan dimaklumkan nanti," katanya.

Dalam pada itu, Fahrin menafikan bakal isterinya adalah pelakon Izreen Azminda.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mei 2015 @ 4:36 PM