Tesco

KUALA LUMPUR: Selepas seharian menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa, pastinya apabila waktu berbuka segala makanan hendak dijamah hingga penuh satu meja terhidang.

Ini bukan saja satu pembaziran malah makan berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan.

Sebenarnya ada banyak makanan yang baik untuk kesihatan dan bagus diambil ketika berpuasa tetapi selalunya ia kurang diambil perhatian. Antaranya adalah kurma, labu, delima, anggur, barli dan susu.

Makanan itu tinggi dengan karbohidrat, serat dan protein. Kesemua makanan ini juga mudah didapati di pasar raya seperti Tesco yang menjual pelbagai barangan sesuai untuk seisi keluarga tidak kira barangan basah, kering, pakaian dan hiasan rumah. Berikut 9 makanan yang baik untuk kesihatan.

1. Kurma

Kandungan lemak sangat rendah, kaya dengan vitamin dan mineral serta sumber terbaik untuk serat makanan bagi memberi tenaga, lebih-lebih lagi ketika berpuasa.

2. Labu

Buah labu ini sangat sihat kerana kalori kurang, melambatkan kelaparan dan kandungan air sangat tinggi (94%), sekali gus mengurangkan hidrasi.

3. Tembikai

Ada pelbagai jenis tembikai sama ada warna merah atau kuning. Ada juga rock melon atau tembikai wangi dan tembikai susu. Ia sumber serat dan kaya dengan air (90 peratus) dan bagus untuk yang berpuasa kerana membantu menghilangkan sakit perut dan gastrik.

4. Delima

Kaya dengan vitamin A, C, E dan asid folik malah tiga kali ganda antioksida berbanding teh hijau. Sangat baik untuk pencernaan, pastikan anda mempunyai segelas jus delima ketika berbuka.

5. Barli

Minuman paling sesuai untuk menyejukkan badan dan membantu mengawal kandungan glukosa dalam badan. Ia sesuai untuk pesakit diabetes malah barli dikatakan ubat penyakit jantung dan buah pinggang.

6. Anggur

Buah anggur membantu membersihkan darah, menaikkan semangat dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.

7. Susu

Susu mengandungi kalsium dan protein yang sangat tinggi. Kalsium zat paling penting untuk tulang manakala protein memberi tenaga.

Minum susu juga boleh mengurangkan kepanasan jantung dan menguatkan belakang dan juga otak.

8. Madu

Madu mengandungi flavonoid dan antioksida yang tinggi dan boleh bertindak sebagai pemanis semula jadi. Ia juga boleh menambahkan tenaga.

9. Daging kambing

Daging kambing sumber daging merah terbaik kerana paling rendah kandungan lemak tepu, tetapi tinggi kandungan lemak tidak tepu. Ia melancarkan pengaliran darah dan kandungan vitamin B12 di dalamnya memberi ketahanan kulit hasil tindakbalas terhadap protein yang kena cahaya matahari.

Dengan kesempatan ini, Tesco Malaysia ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna sepanjang bulan Ramadan ini.

Semoga dengan mengambil makanan yang dicadangkan itu, bukan saja kita kekal sihat malah memberi tenaga untuk meneruskan ibadah puasa.

Dapatkan bekalan harian sama ada di Tesco dan kunjungi lokasi terdekat dengan kediaman anda. Tesco sentiasa menemani anda untuk menyempurnakan nikmat bulan yang bermakna ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mei 2019 @ 4:08 PM