SWEET Couple dihasilkan Nik Mohd Shazmie.
SWEET Couple dihasilkan Nik Mohd Shazmie.
TRIO tiga Nik (dari kiri) Nik Mohd Shahfiz, Nik Mohd Hazri dan Nik Mohd Shazmie.
TRIO tiga Nik (dari kiri) Nik Mohd Shahfiz, Nik Mohd Hazri dan Nik Mohd Shazmie.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Untuk melihat kesamaan dan perbezaan tiga pelukis sealiran, lebih mudah jika penonton berkunjung ke pameran ‘Art Trio: The Nik Brothers’ di Galeri G13, Kelana Jaya, Selangor.

Nik Mohd Hazri, 27, Nik Mohd Shazmie, 24, dan Nik Mohd Shahfiz, 22, mengambil pengajian sama di Fakulti Seni Halus, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang turut berkongsi darah seni bapa mereka, Nik Shairozi Nik Hassan.

Pameran ‘3 men show’ ini memperlihatkan pendirian mereka dalam tema dan ilham berbeza.

Hazri bermain dengan pendekatan psikologi apabila menggunakan imej seperti pelepah yang jatuh dari langit sebagai simbol kepada kerapuhan dan kelemahan nyawa manusia.

Dia menggunakan latar belakang gelap, tetapi warna terang difokuskan kepada wajah figura malah sapuan cahaya dramatik menimbulkan unsur suram dan sedih.

Shazmie mengutarakan tema komedi dan satira kerana lukisannya memperlihatkan kepala figura lebih besar daripada tubuh, meletakkan dirinya watak utama.

Menggunakan pelbagai imej sampingan bagi mengubah naratif berlainan, penggunaan warna terang diangkat bagi memberi impak kepada watak komedi itu.

Shahfiz pula cenderung kepada warna biru dengan pusaran yang melambangkan ketenangan, dramatik, sayu dan misteri meskipun ia menampilkan pelbagai karektor seperti Jack Nicholson, Mads Mikkelsen dan Anthony Hopkins.

Dia mengekalkan medium akrilik di atas kanvas berbeza dengan Hazri yang gemar gabungan cat minyak dan akrilik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 April 2015 @ 2:00 PM