NIK SHAZMIE tersenyum riang pada pameran solonya di galeri seni Nando’s Chinatown.
NIK SHAZMIE tersenyum riang pada pameran solonya di galeri seni Nando’s Chinatown.

Hasil seni menjadi penaik seri yang membuatkan satu-satu ruang makan nampak lebih istimewa dan ia menjadi tarikan pengunjung.

Ruang kreatif yang merangkap galeri seni di Nando’s dimanfaatkan sebaiknya dengan membariskan ilham Pemenang Utama Seni Halus Inisiatif Seni Nando’s, Nik Mohd Shazmie Nik Shairozi dalam pameran solonya.

Pameran ini menggambarkan personaliti Nik Mohd Shazmie. Semua objek yang dipaparkan alat mainan logam, rambut palsu, kostum, makanan dan keluarga semuanya menjadi inspirasi lukisannya.

Gaya lukisannya unik, dipanggil pop-surrealism ­dengan imej herot yang lucu. Seni komik, ikon dan simbol pop banyak mempengaruhi hasil karyanya.

Bagi mengembangkan dan memperluaskan horizon seninya, Nando’s menjemput Nik Shazmie dan adiknya (juga peserta dalam pertandingan berkenaan), Nik Shahfiz menyertai inisiatif seni aktif selama lima hari di Afrika Selatan.

Menurut Ketua Pengarah Kumpulan Nando’s Chickenland Malaysia dan Singapura Mac Chung Lynn, Nik Shazmie adalah artis Inisiatif Seni Nando’s yang paling aktif dan bersemangat tinggi.

“Kami berbangga dengan pencapaiannya dan berharap dia akan terus cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Ilham kreatif dengan tema Home Sweet Home dipamerkan untuk dihayati peng­gemar lukisan di Lot 123, Nando’s Chinatown, di Jalan Sultan, Kuala Lumpur dari 28 Julai hingga 10 Ogos lalu. Layari www.nandos.com.my/artinitiative.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 12:28 PM