ANGGOTA polis  mengangkat mayat mangsa. FOTO Aizuddin Saad
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa. FOTO Aizuddin Saad
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Petaling Jaya: Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun maut selepas dia dipukul ketika bergelut dengan seorang lelaki yang cuba memecah masuk rumah teres setingkat miliknya yang tidak berpenghuni di Jalan SS17/48, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi, mangsa yang tinggal di rumah banglo bertentangan dengan rumah teres itu terlihat suspek cuba memanjat pagar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa kemudian terus keluar dari rumah banglonya dan pergi ke arah suspek menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka beberapa minit.

Menurutnya, suspek kemudian menolak mangsa sehingga terjatuh di luar rumah teres itu sebelum melarikan diri.

€œ“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 10:17 PM