ANGGOTA Bomba mengeluarkan mangsa kemalangan. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba mengeluarkan mangsa kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Oleh Kamal Majid


Jeli: Tiga lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di KM122.6 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik dekat Batu 13, di sini, 12.40 tengah malam tadi.

Mangsa yang maut berusia 24, 25, dan 32 tahun dipercayai rakan sekerja yang dalam perjalanan dari Perak.

Ketika kejadian, kereta mereka yang datang dari Grik dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.

Pemandu treler berusia 44 tahun tidak cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 April 2015 @ 11:04 AM