Kereta dinaiki suami isteri yang terkorban selepas terjunam ke tebing sungai, tengah malam tadi. FOTO ihsan bomba
Kereta dinaiki suami isteri yang terkorban selepas terjunam ke tebing sungai, tengah malam tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohamed Sahidi Yusof

Jeli: Dua rakan maut selepas kereta yang dinaiki merempuh pagar jambatan sebelum terjunam ke tebing sungai dari ketinggian 15 meter di Kilometer 102 Jalan Kota Bharu-Jeli, 12 tengah malam tadi.

Mayat mangsa, Nor Azman Murad, 63 dan Saulihin Ismail 55, hanya ditemui oleh penduduk kampung pada 7 pagi tadi.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pagar jambatan.

"Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 7:13 PM