Siti Rohana Idris


Jeli: Lelaki maut akibat ditetak abangnya dengan sebilah pedang di Kampung Sungai Rual Melayu, di sini awal pagi tadi.

Kejadian jam 1.20 pagi tadi berlaku apabila suspek yang berusia 30-an dipercayai mengalami kemurungan tiba-tiba menetak adiknya di belakang leher.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 30 tahun berada di dapur rumah mereka untuk memasak.

"Tiba-tiba, suspek datang dari belakang dan terus menetak adiknya dengan sebilah pedang menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian," katanya.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Disember 2021 @ 9:59 AM