DARIPADA beg genggam sehingga bertali dan silang, antara himpunan musim sejuk Charles & Keith 2014.
DARIPADA beg genggam sehingga bertali dan silang, antara himpunan musim sejuk Charles & Keith 2014.

Rekaan seringkali tidak dapat dipisahkan daripada unsur alam yang kemudian diserlahkan menerusi ilham pereka sama ada pada helaian busana atau perhiasan wanita. Elemen kayu misalnya memberikan banyak makna terutama apabila digabungkan dengan teks­tur marmar yang mewujudkan cita rasa klasik, tetapi pada masa sama, menampakkan ciri-ciri kemodenannya.

Ini ditambah dengan keadaan cuaca empat musim di Barat mencetuskan idea lebih berani serta meluas terutama untuk penggemar fesyen di negara ini. Ini kerana setiap kali kedatangan musim baru, ia turut di­iringi dengan rekaan terkini yang kelihatan lebih futuristik serta merentasi masa hadapan.

Sempena musim sejuk kali ini, jenama kasut dan beg terkenal, Charles & Keith kembali memeriahkan industri fesyen antarabangsa dengan rekaan lebih mewah, adunan inspirasi lama dan baru.

Untuk beg tangan, gabungan seni geometri menggunakan warna monokrom menampakkan cita rasa mewah si pemakai manakala but bertumit segi tiga bersama beg genggam antara rekaan moden masa kini.

Lambang kesempurnaan Charles & Keith turut diterjemahkan melalui koleksi kasut yang kebanyakannya menggunakan warna asas hitam dan putih bagi mendekat­kan pemakai dengan unsur semula jadi di sekeliling mereka.

Walaupun mengete­ngahkan lebih banyak rekaan klasik, jenama dari Singapura ini tidak melupakan golongan muda apabila setiap rekaan diberikan elemen sporty dalam setiap sandalnya.

Bagi yang berjiwa feminin pula, rona metalik digunakan pada kasut pump manakala beg silang sesuai menjadi padanan mereka kala dibawa ke majlis santai.

Ia pasti menambah keyakinan untuk bergaya kerana kese­imbangan potongan pada rekaan memberikan sesuatu yang jarang diperoleh pada jenama lain.

Melengkapkan gaya sudah pasti himpunan perhiasan gelang, rantai pinggang dan cuff daripada tekstur kulit dan bulu kuda, menampakkan ciri moden si pemakai.

Bukan itu saja, koleksi ini turut menampilkan himpunan kasut ekuestrian, tumit baji but paras lutut dan kasut tapak rata untuk semua peringkat usia dan status wanita.

Mereka boleh memadankan dengan beg ta­ngan sama ada tali panjang atau pendek atau beg genggam comel yang boleh dibawa ke majlis makan malam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 5:02 AM