Ford Ranger model baru yang dilancarkan pagi tadi. FOTO Erywan Norshal
Ford Ranger model baru yang dilancarkan pagi tadi. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal

Bangkok: Ford Motor Company memperkenalkan secara global bagi model terbaru trak pikap Ford Ranger di Pameran Motor Bangkok, pagi tadi.

Ia tampil rekaan hadapan baru, bergaya dan ruang dalaman lebih berfungsi serta pintar.

Rekaan hud lebih maskular serta gabungan jeriji hadapan rekaan trapezoidal tampak mantap, manakala lampu utama projektor membolehkan ia dikenali dengan imej garang.

Ruang kabin pula menerapkan garisan horizontal, membuatkan ia lebih luas dengan padanan skrin sesentuh bersaiz lapan inci di bahagian tengahnya.

Ia juga dilengkapi teknologi baru iaitu Amaran Mengekalkan Laluan bagi menghalang pemandu terkeluar dari laluan secara tidak sengaja ketika memandu kelajuan tinggi.

Bagi pasaran global, ia ditawarkan dengan enjin diesel berbeza iaitu 3.2 liter Duratorq, selain 2.2 liter Duratorq, 2.2 liter serta rangkaian kuasa petrol tunggal membabitkan 2.5 liter.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 11:32 AM