Nurul Huda Kosnon dan Hamzah Osman


Langkawi : “Saya nekad meninggalkan suami yang bekerja sebagai pembantu pensyarah di sebuah universiti di China hampir dua minggu di China untuk ke sini bagi menyertai LIMA’15 kerana ini impian saya selama ini.

“Saya bangga dapat melakukan pertunjukan aerobatik bersama pasukan lain di Malaysia,” kata seorang daripada empat juruterbang wanita pesawat tempur dari China, Kapten He Xioli, 28, ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau yang terkenal dengan gelaran ‘Dragon China’ apabila menjadi wanita pertama beraksi mengendalikan jet pejuang dalam persembahan aerobatik pada LIMA edisi ke-13 ini.

Menurutnya, dia teruja dan gembira kerana impiannya untuk menyertai LIMA’ 15 tercapai kerana bukan mudah untuk sampai ke peringkat berkenaan.

“Suami sudah memahami kerjaya saya sebagai juruterbang, malah dia memberi sokongan sepanjang menjayakan pertunjukan aerobatik LIMA’15.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:19 AM