ONCE Upon a Time karya Chong Kiet Cheng.
ONCE Upon a Time karya Chong Kiet Cheng.
LUKISAN campuran media yang dilukis Tiong Chai Heing.
LUKISAN campuran media yang dilukis Tiong Chai Heing.
CAT minyak bertajuk Moment oleh Yuki Tham.
CAT minyak bertajuk Moment oleh Yuki Tham.
ELDERLY Drivers oleh Gan Tee Sheng.
ELDERLY Drivers oleh Gan Tee Sheng.
UNKNOWN menggunakan fabrik dan pindah cetak atas kanvas oleh Yen Sum.
UNKNOWN menggunakan fabrik dan pindah cetak atas kanvas oleh Yen Sum.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Galeri G13 membuka tirai pameran seterusnya dengan memperkenalkan bakat anak tempatan menerusi Contemporary Propulsion: Influence and Evolution yang bermula sejak 17 Mac lalu.

Artis terbabit antaranya lulusan dari Akademi Seni Dasein serta pensyarah di institusi berkenaan.

Pameran berkumpulan sebagai medan bakat seni kontemporari 13 artis iaitu Cheong Tuck Wai, Chong Kiet Cheng, Chong Kim Chiew, Gan Tee Sheng, Kim Ng, Koo Kiew Hang, Krystie Ng, Loh Bok Lai, 0, Muji Lee, Tiong Chai Heing, Yin Yen Sum dan Tham Yoke In.

Mereka yang sudah biasa dengan dunia seni pastinya sedar akan kemunculan institut seni tempatan ini terutama dalam tahun kebelakangan hingga berjaya mencungkil bakat artis yang sedang meningkat naik.

Menerusi penganjuran pameran persendirian sehingga ke galeri komersial, ia adalah jelas untuk melihat kebangkitan bakat serta semangat yang dipaparkan selama ini.

Wujud suatu hubungan yang rapat, ibarat saling memerlukan dalam komuniti ini antara pensyarah dan pelajar serta warga tua dan muda.

Idea, pemikiran dan perbualan yang saling diutarakan antara mereka menjadi lebih menarik untuk diketahui.

Justeru, tarikan yang dimiliki artis serta karya seni mereka berjaya menarik perhatian ramai untuk melangkah dengan lebih jauh menerusi perspektif baru dan wawasan yang mencerminkan amalan mereka juga.

Himpunan karya menerusi campuran media dan genre berbeza ini memberi kejutan kepada penonton kerana tidak terhad kepada lukisan semata-mata, malah turut mengangkat ukiran halus serta kerja instalasi.

INFO

CONTEMPORARY PROPULSION: INFLUENCE and EVOLUTION

- Jumlah artis: 13

- Jumlah karya: 26

- Lokasi: Galeri G13, GL13, Tingkat bawah, Blok B, Kelana Square, Kelana Jaya, Selangor

- Tarikh: Sehingga 31 Mac 2015

- Masa: 11 pagi hingga 5 petang

- Telefon: 03-7880 0991

- Web: www.g13gallery.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 5:05 AM