Oleh Rizar Mohd Noor


Johor Bahru: Misi tiga mata menjadi taruhan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) apabila berdepan Kitchee SC pada pertembungan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam ini.

Tanpa kelibat Hariss Harun yang digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning dan tidak menurunkan dua pemain import Argentina Jorge Pereyra Diaz serta Luciano Figueroa, skuad Harimau Selatan hanya mempertaruhkan Marcos Antonio selaku pemain import tunggal.

Apa pun senario itu tidak meresahkan pengendali Johor DT Bojan Hodak yang meletakkan keyakinan kepada pemain tempatan untuk menyinar pada aksi terakhir pusingan pertama itu.

“Pemain tempatan harus buktikan kredibiliti masing-masing dan saya mahu melihat mereka menyinar pada perlawanan itu. Sasaran tetap untuk memburu kemenangan walaupun agak sukar berdepan pasukan yang layak separuh akhir Piala AFC musim lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:27 AM