BEBERAPA penduduk yang terselamat berjalan di jalan raya di Naakamise beberapa hari selepas Tokyo dibom tentera AS pada 1945.
BEBERAPA penduduk yang terselamat berjalan di jalan raya di Naakamise beberapa hari selepas Tokyo dibom tentera AS pada 1945.
JALAN yang sama di daerah Asakusa, Tokyo hari ini menunjukkan deretan kedai di kedua belah jalan dan seorang pengunjung melakukan upacara kegamaan di depan kuil Sensoji.
JALAN yang sama di daerah Asakusa, Tokyo hari ini menunjukkan deretan kedai di kedua belah jalan dan seorang pengunjung melakukan upacara kegamaan di depan kuil Sensoji.
GAMBAR sebelum dan selepas ini menunjukkan kerosakan pada pusat beli-belah Matsuya di Tokyo dan bagaimana ia dibangunkan semula selepas tamat Perang Dunia Kedua.
GAMBAR sebelum dan selepas ini menunjukkan kerosakan pada pusat beli-belah Matsuya di Tokyo dan bagaimana ia dibangunkan semula selepas tamat Perang Dunia Kedua.
SEMBILAN hari selepas serangan itu, seorang lelaki berjalan melintasi Jambatan Azuma, antara lokasi paling teruk terjejas.
SEMBILAN hari selepas serangan itu, seorang lelaki berjalan melintasi Jambatan Azuma, antara lokasi paling teruk terjejas.
GAMBAR ini diambil di lokasi sama 70 tahun lalu, seorang lelaki berjalan melintasi jambatan sama yang kini berlatar belakangkan bangunan baru.
GAMBAR ini diambil di lokasi sama 70 tahun lalu, seorang lelaki berjalan melintasi jambatan sama yang kini berlatar belakangkan bangunan baru.
WALAUPUN Tokyo dibom dengan teruk, bangunan Bar Kamiya (kiri) dan pusat beli-belah Matsuya Asakusa masih teguh berdiri.
WALAUPUN Tokyo dibom dengan teruk, bangunan Bar Kamiya (kiri) dan pusat beli-belah Matsuya Asakusa masih teguh berdiri.
HARI ini bar dan pusat beli-belah itu masih kekal dan orang ramai dilihat berjalan melintasi jalan raya di depan bangunan berkenaan yang masih digunakan.
HARI ini bar dan pusat beli-belah itu masih kekal dan orang ramai dilihat berjalan melintasi jalan raya di depan bangunan berkenaan yang masih digunakan.

Ia antara serangan paling buruk sepanjang Perang Dunia Kedua, menyebabkan lebih 100,000 mati dan memusnahkan sebahagian besar Tokyo, tetapi sering dilupakan sejarah.

Kini, selepas 70 tahun, gambar baru sebelum dan selepas tragedi itu mula disiarkan, menunjukkan bagaimana ibu negara Jepun itu bangun semula selepas serangan yang meragut begitu banyak nyawa dalam masa satu malam, lebih tinggi berbanding di Nagasaki dan hampir menyamai Hiroshima yang menjadi sasaran serangan bom atom.

Pada malam 10 Mac 1945, berpuluh-puluh pesawat pengebom B-29 tentera udara Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bertan-tan bom berangkai yang mengakibatkan Tokyo menjadi bandar api.

Ratusan bangunan runtuh dan puluhan ribu mayat rentung. Dianggarkan seramai 104,500 penduduk Tokyo mati dalam serangan berkenaan, sekali gus menjadi serangan udara konvensional paling banyak menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, serangan ke atas Tokyo dan 60 lagi bandar di Jepun kurang mendapat perhatian dunia berbanding serangan bom atom terhadap Hiroshima dan Nagasaki.

Tentera AS sebelum itu hanya menyasarkan serangan terhadap kilang pesawat dan kemudahan tentera tetapi serangan malam berkenaan menyasarkan lokasi awam, antaranya kawasan penduduk padat di Shitamachi - penempatan tradisional yang mempunyai rumah dibuat daripada kayu dan kertas.

Keadaan di Shitamachi sangat padat dan jumlah penduduk di situ melebihi 100,000 orang.

Ramai penduduk yang keletihan memilih untuk menutup muka mereka dengan selimut daripada bergegas ke kawasan perlindungan yang beku akibat musim sejuk ketika siren amaran serangan udara berbunyi.

Haruyo Nihei berusia lapan tahun ketika itu antara yang terselamat tetapi memilih untuk tidak menceritakan kejadian pada malam itu hinggalah selepas 70 tahun.

Menurutnya, dia masih ingat melihat serangan itu di atas tambak landasan kereta api.

“Malam itu umpama ribut api yang marak. Saya melihat bayi terbakar ketika didukung ibunya dan wanita itu tidak dapat memadamkan api yang membakar anaknya.

“Saya melihat seorang lelaki bersama seekor kuda yang menarik pedati tetapi tidak lama selepas itu kuda dan pedati berkenaan terbakar.

“Lelaki itu hanya mampu melihat kudanya terbakar sebelum dia juga terbakar hidup-hidup,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang terselamat, Masaharu Ohtake berkata, ketika kejadian dia berusia 13 tahun dan berjaya melarikan diri bersama seorang rakan.

“Kami melihat lori membawa muatan yang penuh dengan timbunan rangka manusia,” katanya.

Apabila siang menjelma, keadaan Tokyo yang penuh dengan runtuhan bangunan dan mayat bergelimpangan menunjukkan betapa dahsyatnya serangan itu.

Secara keseluruhan, dianggarkan 333,000 orang terkorban dalam kempen serangan tentera AS di Jepun.

Jumlah itu termasuk 80,000 yang mati dalam serangan bom atom di Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan 40,000 di Nagasaki tiga hari selepas itu.

Kempen serangan udara itu menjadi satu contoh ketenteraan dalam menyasarkan lokasi awam dan kesannya boleh dilihat ketika perang Korea, Vietnam dan banyak lagi.

Bagaimanapun, serangan udara tidak membabitkan bom atom sering terlepas pandang ketika bercakap mengenai sejarah Perang Dunia Kedua. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 5:08 AM