Pemain Pahang, Mohd Razman Roslan bersaing dengan pemain ATM, Norshahrul Idlan Tahala dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2015 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. FOTO Hazreen Mohamad
Pemain Pahang, Mohd Razman Roslan bersaing dengan pemain ATM, Norshahrul Idlan Tahala dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2015 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. FOTO Hazreen Mohamad
Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Misi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan kemenangan pertama Liga Super musim ini akhirnya tercapai apabila menang ke atas Pahang, 1-0, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Kemenangan skuad The Gladiators pastinya lebih manis apabila menjadikan juara Piala Malaysia musim lalu, sebagai mangsa.

Biarpun Pahang menurunkan barisan kesebelasan terbaik mereka termasuk kapten Mohd Razman Roslan, namun skuad Tok Gajah, seperti hilang hala tuju apabila gagal melepasi benteng ATM .

Usaha kedua-dua pasukan untuk mengatasi antara satu sama lain tidak berhasil sehingga berakhirseparuh masa pertama.

Sebaik aksi bersambung, ATM berusaha memperkemaskan jentera serangan dengan melakukan beberapa asakan dan hampir berjaya berada di depan, tapi dua percubaan tepat menerusi tandukan Abdulafees pada minit ke 47 dan Mario Karlovic minit ke 51, tepat ke dakapan penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid.

Gopinathan berpeluang memecah kebuntuan Pahang pada minit ke-57, namun larian solonya yang

melepasi benteng ATM gagal melepasi kekebalan Razi Effendi.

Norshahrul ldlan Talaha kemudiannya hampir melegakan penyokong ATM, namun sepakannya dari jarak kira-kira 20 meter dari sebelah kiri pintu gol Pahang pada minit ke-65, sedikit tersasar.

Bagaimanapun, Abdulafees akhirnya menceriakan penyokong tuan rumah apabila berjaya meletakkan ATM di depan selepas bijak memanfaatkan bola muntah sepakan Mario Karlovic, yang menewaskan Khairul Azhan untuk gol pertama tuan rumah, minit ke-71.

Jaringan itu meletakkan anak buah Zainal Abidin Hassan sedikit tertekan dan berusaha menembusi benteng skuad bimbingan B Sathianathan.

Usaha mereka tidak berhasil apabila ATM ceria dengan meraih tiga mata yang juga kemenangan pertama musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 11:59 PM