Singapura: Persatuan Pengguna Singapura (Case), semalam berkata, harga makanan dijual penjaja secara umumnya naik antara 10 hingga 20 peratus.

Kata jurucakap Case, walaupun kebanyakan harga makanan itu meningkat, pengguna masih mampu membelinya.

“Sesetengah penjaja masih menjual makanan dengan harga berpatutan,” katanya.

Keputusan itu dibuat hasil penyelidikan Case di 503 gerai membabitkan lima jenis hidangan paling popular, iaitu nasi beriani, nasi ayam, bakso ikan, roti prata kosong dan nasi berlauk sayur campur serta daging.

Berbanding kajian pada 2012, harga makanan itu naik antara 10 hingga 50 sen pada Julai lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 5:04 AM