Gara-gara menjayakan karektor gay dalam siri popular Reply 1997, Hoya trauma apabila mendengar gosip dia sukakan lelaki.

Anggota kumpulan Infinite itu berkongsi cerita muncul pada program hiburan di saluran Mnet 4 Things Show.

Lebih parah, Hoya turut mendengar ada segelintir selebriti bertanya mengenai kecenderungan seksnya.

“Bagi saya ia satu perkara yang menakutkan. Perasaan itu wujud agak lama dan mengambil masa lebih setahun selepas tamat siri tv itu,” katanya.

Rakannya, Dongwoo mengatakan, masyarakat sekeliling turut bertanya jika Hoya sukakan lelaki termasuk daripada rakan selebriti dan penyiar lain.

ChoA dari kumpulan AOA menyampuk, Hoya sangat sukakan gadis dan ia bermakna lakonan Hoya berjaya membawa watak lelaki gay.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 5:05 AM