Junaidi Ladjana


Berang dituduh gay, seorang pesara tentera menumbuk isterinya sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital dalam kejadian di rumah mereka di Pengalat Besar, Papar, semalam.

Dalam kejadian 6.40 petang, lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan bertengkar dengan isterinya selepas dia enggan memberi wang yang diminta mangsa.

"Lelaki itu dikatakan enggan memberi wang yang diminta isterinya lalu berlaku pertengkaran.

"Dia kemudian meminta supaya isterinya menggunakan wang wang yang diberikan sebelum ini," kata.

Menurut sumber, berikutan itu, mangsa menjerit-jerit dan menuduh suaminya gay.

"Berang dengan tuduhan itu, lelaki itu menumbuk belakang telinga isterinya.

"Mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Papar," katanya.

Ketua Polis Daerah Papar Ladamah Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/226 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 4:21 PM