Oleh Norhadiani Baharom


Berbaki tiga tahun, genap usianya setengah abad. Namun melewati angka 47, bintang yang cukup sinonim dengan filem Gila-Gila Remaja ini masih berbisa untuk diketengahkan sebagai hero filem.

Ia berbeza berbanding kebanyakan aktor hebat seusianya yang tidak lagi aktif dan lebih terarah kepada pengurusan produksi selain menjalankan perniagaan luar daripada skop kerjaya hiburan.

Jika di Hollywood, hal sebegini bukan asing. Makin meningkat umur, makin tinggi nilai bayaran terhadap profesionalisme lakonan mereka.

Angka 40-an juga bererti pengukuhan dan fasa gemilang kerjaya bagi kebanyakan aktor berwibawa seperti Brad Pitt, Tom Cruise, Tom Hanks, Jude Law, Robert Downey Jr, Johnny Depp, Richard Gere, Adam Sandler, Will Smith, George Clooney dan Denzel Washington.

Kekal relevan sebagai hero pada usia senja, nyata satu pencapaian hebat buat Faizal Hussein yang dilahirkan pada 1 Mei 1967 ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:02 AM