BADROL Hisham (kiri) bersama Low (kanan) melihat buah limau pada majlis perasmian Pasa Raya C Mart.
BADROL Hisham (kiri) bersama Low (kanan) melihat buah limau pada majlis perasmian Pasa Raya C Mart.

Alor Setar: C Mart 6 Sdn Bhd, pemilik rangkaian Pasar Raya C Mart bakal membuka cawangan ke-8 di Tambun Indah, Pulau Pinang bagi memenuhi permintaan dan keperluan pasaran menjelang hujung tahun ini.

Pengarahnya Low Ping Kun berkata, syarikat berkenaan memulakan perniagaan pertama di Changlun, di sini, pada 2005 lalu sebelum melebarkan sayap ke Jitra (2007); Arau, Perlis (2008); Sungai Petani (2012); Kulim dan Bandar Darulaman (2013) dan cawangan terbarunya di Alor Setar minggu lalu.

Katanya, walaupun konsep perniagaan dijalankan secara ‘perniagaan kampung’ berikutan banyak menawarkan produk tempatan membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), namun syarikat berkenaan menaruh harapan tinggi untuk bertahan bagi jangka masa panjang.

“Konsep pasar raya ini berlainan berbanding pasar raya besar lain kerana kami banyak menjual barangan keluaran tempatan terutama PKS Kedah dan barangan itu dijual dengan harga berpatutan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian cawangan ke-7 Kompleks C Mart Alor Setar di Jalan Telok Wanjah, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri Datuk Badrulhisham Hashim.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Februari 2015 @ 5:40 AM