KEADAAN gerai di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar yang dibadai ribut, pagi ini. FOTO Rahmat Othman
KEADAAN gerai di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar yang dibadai ribut, pagi ini. FOTO Rahmat Othman
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Kira-kira 70 khemah di bazar Ramadan Stadium Darul Aman, di sini, mengalami kerosakan akibat diterbangkan angin dalam kejadian ribut, pagi ini.

Dalam kejadian jam 5 pagi, kebanyakan khemah termasuk dapur memasak dan besi payung berniaga turut berterbangan ke khemah berhampiran.

Selain itu, sebatang pokok jejawi sebesar satu pemeluk turut tumbang di Pasar Jalan Teluk Wanjah, di sini, hingga menyebabkan kesesakan.

Peniaga nasi tomato Abd Hafiz Abdul Hamid, 44, berkata, dia hanya mengetahui kejadian pada jam 8 pagi selepas dihubungi rakannya dan bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, terdapat 276 gerai jualan di bazar Ramadan itu, namun hanya 70 gerai mengalami masalah.

"Banyak peralatan berniaga milik peniaga rosak malah ada peniaga tidak dapat berniaga petang ini disebabkan khemah berterbangan di merata tempat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2016 @ 12:51 PM