AKTIVITI kecergasan turut diadakan bagi memberi kesegaran minda dan fizikal.
AKTIVITI kecergasan turut diadakan bagi memberi kesegaran minda dan fizikal.
Oleh Ruhaiza Rusmin


Seramai 30 siswa daripada 11 institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menyertai Kem Remaja Si-nergi 2014 (KRS 2014) di Kem Bina Semangat, Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Program anjuran Syarikat Neo Synergy Training Centre (NSTC) dan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) itu turut menjadi platform siswa memperoleh pendedahan melakukan khidmat komuniti.

Seramai 384 peserta daripada pelbagai jenis sekolah menengah seluruh negara menyertai program tiga hari itu antaranya Maktab Rendah Sains Mara Alor gajah, Sekolah Sains Faris Petra dan Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 7:46 AM