PENERIMA Anugerah Dekan berkongsi rahsia kejayaan bersama Dr Mohd Shukri.
PENERIMA Anugerah Dekan berkongsi rahsia kejayaan bersama Dr Mohd Shukri.
Ruhaiza Rusmin


Dalam usaha memupuk budaya kecemerlangan dalam kalangan siswanya, International Medical School (IMS) iaitu kampus pesisir antarabangsa Management & Science University (MSU) di Bangalore, India, menganjurkan majlis Anugerah Dekan bagi sesi pengajian 2014/2015, baru-baru ini.

Majlis itu bertujuan mengiktiraf kecemerlangan selain memberi suntikan motivasi kepada siswa untuk mencipta kejayaan berterusan serta terus kompetitif dalam akademik dan kokurikulum .

Seramai 21 siswa perubatan atau Bachelor in Medicine and Bachelor in Surgery (MBBS) MSU menerima Anugerah Dekan berdasarkan pencapaian cemerlang apabila memperoleh purata nilai gred (GPA) 3.5 dan ke atas.

Seorang siswa Maryam Jamilah Abdul Hamid dianugerahkan dua Anugerah Dekan.

“Pengurusan masa yang efisien antara faktor saya berjaya mencapai keputusan cemerlang.

“Anugerah ini menyuntik semangat saya untuk memperoleh keputusan lebih cemerlang selepas ini,” kata siswa tahun ketiga itu.

Majlis disempurnakan Presiden MSU Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Sementara itu, majlis bacaan ikrar barisan kepemimpinan baru International Medical School Students Association (IMSA) bagi sesi 2015-2016 turut diadakan.

Seramai 11 siswa mengangkat ikrar diketuai Wan Muhammad Akif Wan Azlan selaku Presiden IMSA.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 10:51 AM