LOKET berbentuk Iraq dengan Baghdad ditandakan menggunakan berlian.
LOKET berbentuk Iraq dengan Baghdad ditandakan menggunakan berlian.
CINCIN berbentuk falcon melambangkan ‘keindahan dan kekuatan’.
CINCIN berbentuk falcon melambangkan ‘keindahan dan kekuatan’.
GELANG berbentuk ular.
GELANG berbentuk ular.
RAGHAD melihat IS sebagai tiket pulang ke negaranya.
RAGHAD melihat IS sebagai tiket pulang ke negaranya.
RAGHAD (berdiri, tiga dari kanan) bersama keluarganya tidak lama sebelum melarikan diri ke Jordan.
RAGHAD (berdiri, tiga dari kanan) bersama keluarganya tidak lama sebelum melarikan diri ke Jordan.

Raghad Saddam Hussein anak perempuan sulung kesayangan lelaki yang mungkin antara diktator paling terkenal di dunia yang tidak malu menyatakan sokongannya kepada kumpulan militan Negara Islam (IS).

Namun dia juga wanita bergaya dengan bakat seni yang kini digunakan untuk menghasilkan rangkaian barang kemas sendiri yang diinspirasikan ayahnya, selain suami yang dibunuh Saddam.

Hasil rekaan Raghad, 46, yang digelar 'Little Saddam' ('Saddam Kecil') kerana mempunyai banyak persamaan dengan ayahnya, kini dijual di kedai emas terkemuka Jordan cincin, gelang dan rantai, malah loket yang mencecah harga £1,000 (RM5,500).

Antara koleksi 10 barangan itu ialah gelang firus bernilai £1,320 (RM7,200) yang sepadan dengan satu lagi ciptaannya dibuat menggunakan permata jenis sama dihadiahkan kepadanya oleh Saddam.

"Dia menghadiahkan batu firus ini kepada saya satu ketika dulu dan saya menyimpannya sehingga tiga tahun lalu apabila menjadikannya gelang sebagai kenangan. Saya kemudian menawarkan beberapa lagi gelang seumpamanya bagi mereka yang meminati dan mahu memilikinya," katanya.

Loket berbentuk negara asalnya antara yang paling bermakna pada Raghad.

"Baghdad adalah nadi Iraq dan saya meletakkan berlian bagi menandakan kedudukannya," katanya.

Koleksi itu turut merangkumi subang yang meniru gubahan hasil cincin pemberian suaminya, Allahyarham Hussein Kamel al-Majid.

Agak pelik apabila kedua-dua lelaki itu menjadi ilham koleksinya-apatah lagi Saddam yang memerintahkan Hussein dibunuh pada 1996 walaupun kononnya memaafkan tindakan menantunya yang berpaling tadah ke Jordan, setahun sebelum itu.

Raghad berusia 10 tahun ketika bapanya menjadi Presiden Iraq sehingga digulingkan pada 2003. Dia mengahwini Hussein pada usia 16 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.

Gaya hidup mewah diamalkannya sering dikecam di Jordan memandangkan dia 'tetamu' keluarga diraja-bererti kemungkinan besar mereka yang membiayainya sekarang.

Mulutnya yang celupar dan sikap baran juga menjadikan Raghad digeruni, terutama oleh pekerja butik kegemarannya di Amman.

Raghad juga 'gila' pembedahan kosmetik, malah pada saat ayahnya gagal dalam rayuan terakhirnya, dia dikatakan melakukan rawatan kecantikan di sebuah spa di Amman.

Namun kini imej lebih 'alim' menjadi pegangannya yang dilihat menjadi tiket untuk pulang ke Iraq melalui pemerintahan IS, walaupun dia jauh sekali menampakkan ciri-ciri wanita Islam dituntut kumpulan berkenaan.

Pada 2003 selepas kematian dua abangnya, Raghad melantik peguam bagi memperjuangkan hak Saddam yang hilang selepas ditangkap pada 13 Disember tahun itu. Dia juga yang berjuang untuk memastikan jenazah ayahnya dikebumikan di Yaman sehingga tentera Amerika meninggalkan Iraq.

Nyata kasihnya terhadap Saddam belum lenyap walaupun hampir sedekad selepas kematian pemerintah kontroversi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 5:04 AM