KEADAAN kereta ditenggelami air. FOTO ihsan bomba
KEADAAN kereta ditenggelami air. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membuat pemantauan. FOTO ihsan bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membuat pemantauan. FOTO ihsan bomba
Oleh Abd Rahman Adam

Miri: Hujan lebat selama lebih satu jam menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini, dilanda banjir kilat selain berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama, hari ini.

Lebih teruk apabila hujan yang bermula pada 3.30 petang menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap dan dimasuki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan terjejas antaranya di Tanjong Lobang, Lopeng serta beberapa kawasan di sekitar pusat bandar dinaiki air.

"Jabatan Meteorologi Malaysia memang ada mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa bahagian di negeri ini termasuk di Bahagian Miri.

"Namun, hujan lebat kurang dua jam itu menyebabkan beberapa penempatan penduduk serta jalan raya utama dinaiki air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 January 2015 @ 6:09 PM