MAYAT wanita yang ditemui terapung. FOTO ihsan Polis
MAYAT wanita yang ditemui terapung. FOTO ihsan Polis
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Miri: Mayat wanita separuh bogel ditemui terapung di tepi kawasan berbatu di Tanjung Lobang, di sini, malam tadi.

Mayat wanita yang dianggarkan berusia 30-an itu ditemui orang awam pada 11.55 malam sebelum dimaklumkan kepada polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat wanita terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan pada mata kanan, calar dan lebam di pergelangan tangan, kepala serta dada.

"Polis tidak menolak kemungkinan wanita terbabit baru beberapa jam mati sebelum ditemui.

"Mayat di bawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan polis kini sedang giat menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 4:20 PM