PANTAI Tanjung Lobang, mengalami hakisan yang serius sejak kebelakangan ini. FOTO Kandau Sidi
PANTAI Tanjung Lobang, mengalami hakisan yang serius sejak kebelakangan ini. FOTO Kandau Sidi
Kandau Sidi


KEMBALIKAN keceriaan Pantai Tanjung Lobang sebagai tempat riadah umum. Itu antara desakan penduduk Miri yang mahu supaya pantai paling hampir dengan bandar raya Miri itu dipulihkan untuk kembali menjadi kawasan rekreasi popular terutamanya pada hujung minggu.

Mereka mahu agar kemudahan di pantai itu dibaik pulih, manakala jambatan sedia ada dinaik taraf agar dapat digunakan seperti sebelum ini.

Ahli Parlimen Miri, Dr Micheal Teo Yu Keng berkata, untuk menarik pelancong datang ke Miri, keindahan pantai perlu ada kerana ia adalah aset utama sektor pelancongan.

"Miri mempunyai kawasan pantai yang banyak dan perlu dijaga dengan baik supaya ia tidak dicemari sampah.

"Jika kawasan pantai bersih, sudah tentu ramai pelancong berminat untuk datang ke Miri," katanya.

Beliau menghargai usaha memajukan kawasan Pantai Tanjung Lobang, namun setakat ini belum ada sebarang usaha dilakukan ke arah itu.

Sementara itu, pengusaha agensi pelancongan yang enggan namanya disiarkan berkata, banyak pantai di Miri sudah tidak dapat diakses kerana diambil oleh pihak swasta.

Beliau berkata, ia tidak seharusnya berlaku kerana kawasan pantai adalah antara tarikan istimewa untuk bandaraya Miri.

Sementara itu, jurucakap Majlis Bandaraya Miri (MBM) berkata usaha akan dilakukan pihak swasta untuk memajukan Pantai Tanjong Lubong sebagai tumpuan pelancong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Jun 2018 @ 9:23 AM