KEBAKARAN hutan  di Jalan Tudan. FOTO ihsan Bomba
KEBAKARAN hutan di Jalan Tudan. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Kawasan hutan seluas dua hektar berdekatan Klinik Kesihatan Tudan, Jalan Tudan Miri di sini, terbakar malam tadi.

Dalam kejadian 9 malam itu, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.12 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dikerahkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan 2 Henry Jugah.

"Kebakaran berjaya dikawal pada 10 malam dan dipadam sepenuhnyapada 1.16 pagi," katanya.

Kebakaran hutan di Miri terutama di Kuala Baram berlaku sejak awal Februari lalu dan sehingga kini kebakaran masih berlaku di beberapa tompok kawasan dipercayai akibat pembakaran terbuka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 April 2016 @ 1:14 PM