Shapawi (tengah)  menyaksikan perdamaian isu pergaduhan dua atlet olahraga, Kavee  dan Muhammad Ifran  (kanan) di Bukit Jalil, semalam.
Shapawi (tengah) menyaksikan perdamaian isu pergaduhan dua atlet olahraga, Kavee dan Muhammad Ifran (kanan) di Bukit Jalil, semalam.
Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam usaha mencari jalan penyelesaian berhubung kontroversi penganjuran larian Maraton Antarabangsa Malaysia (MIM).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata, menerusi pertemuan dengan kepimpinan KOM semalam, beliau sudah memaklumkan kepada badan induk itu untuk mengemukakan cadangan mereka itu kepada MOM secepat mungkin.

“KOM akan memberikan cadangan kepada MOM bagi membolehkan MIM dianjurkan seperti diharapkan pihak penganjur, MOM.

“Kami harap dengan cara ini ia dapat menyelesaikan masalah penganjuran larian itu. Apapun, terpulang kepada MOM untuk melihat apakah yang dicadangkan KOM,” katanya.

Shapawi berkata, isu berkenaan sebenarnya kecil dan boleh diselesaikan dengan baik.

“Cuma kini kefahaman kedua-dua pihak perlu dipertingkatkan. Apa niat MOM menganjurkan larian itu dan begitu juga hasrat KOM.

“Sebenarnya isu ini boleh dibincang dan diselesaikan dengan baik,” katanya.

KOM menuntut MOM mendapatkan pengiktirafan mereka kerana larian itu menggunakan perkataan ‘maraton’ serta ‘antarabangsa’.

Untuk mencari jalan penyelesaian, MOM mengambil keputusan menukar nama larian itu kepada nama lain.

Bagaimanapun, badan induk itu kemudian berhasrat kembali kekal menggunakan nama asal.

Isu itu membawa kepada campur tangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 January 2015 @ 6:16 AM