TENGKU Abdullah  (tengah) hadir menyaksikan MoU dokumen perjanjiaan antara FAM dengan MP & Silva yang berlangsung  di Hotel Ritz Calton.
TENGKU Abdullah (tengah) hadir menyaksikan MoU dokumen perjanjiaan antara FAM dengan MP & Silva yang berlangsung di Hotel Ritz Calton.
Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Muda A mungkin berkubur apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia mengkaji program pasukan skuad bawah 23 tahun itu selepas ini.

Ada kemungkinan ia berlaku apabila Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bercadang menghantar pemain lebih muda bertanding ke Sukan SEA serta tidak mahu pemain terikat dalam tempoh lama bersama Harimau Muda.

"Macam di Sukan SEA, sudah sampai masanya pasukan itu diturunkan umur, bukan lagi pasukan bawah 23 tahun dan mungkin pemain lebih muda. Itu antara pandangan yang kita akan utarakan. Tujuan penubuhan Harimau Muda A pada asalnya semata-mata untuk pertandingan itu," katanya.

Tengku Abdullah ditemui selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAM dan MP & Silva dalam membentuk kerjasama secara rasmi selama 15 tahun untuk menjana pendapatan RM1.26 bilion.

Harimau Muda ditubuhkan pada 2007 dengan menyertai Liga Perdana ketika itu sebelum mengikuti pelbagai program pendedahan di luar negara seperti Slovakia, Hungary, Australia serta beraksi dalam Liga Singapura.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:04 AM