PROGRAM Harimau Muda dibubarkan.
PROGRAM Harimau Muda dibubarkan.
Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Tiada lagi program Harimau Muda selepas ini apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan membubarkan program diwujudkan sejak 2007 itu.

Keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Exco FAM Ke-6 yang dipengerusikan Presiden Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam sekali gus mengesahkan laporan Arena Metro sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah, keputusan itu diambil selepas menerima cadangan Jawatankuasa Bertindak Khas FAM.

“Exco FAM menerima cadangan Jawatankuasa Bertindak Khas untuk tidak meneruskan program Harimau Muda itu dengan semua pemain akan pulang ke negeri masing-masing.

“Bagaimanapun kita akan membentuk skuad projek Sukan SEA 2017 bagi pasukan Bawah 23 (B-23),” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2015 @ 7:32 AM