DARI kiri Sixx, Vince Neil dan Lee mengakhiri kerjaya 34 tahun Motley Crue.
DARI kiri Sixx, Vince Neil dan Lee mengakhiri kerjaya 34 tahun Motley Crue.

New York: Motley Crue, kumpulan rock dari Los Angeles bakal mengakhiri kerjaya mereka selama 34 tahun dengan mengadakan konsert mega selepas sambutan Tahun Baru di kampung halaman sendiri.

Kumpulan heavy metal itu mengumumkan tarikh konsert penutup mereka selepas menandatangani perjanjian mengakhiri konsert jelajah sekali gus menandakan tamatnya kerjaya kumpulan berkeaan.

Motley Crue yang dikenali dengan imej tersendiri serta gaya hidup liar mereka akan mengadakan persembahan akhir pada 31 Disember di Staples Center, Los Angeles.

Kumpulan ini memulakan acara kemuncak konsert jelajahnya tahun lalu dengan pelbagai persembahan menarik, termasuk pertunjukan bunga api dan persembahan pemain dram hebat Tommy Lee.

Sementara itu, mereka juga mengumumkan tarikh konsert di Amerika Syarikat dan Kanada dari Julai hingga September.

Antara lokasi yang akan dikunjungi ialah bandar yang pernah menjadi tempat mereka beraksi pada 2004.

Kebanyakan persembahan menampilkan legenda metal Alice Cooper. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 January 2015 @ 5:12 AM