BAPA yang didakwa atas pertuduhan mendera anak perempuannya. FOTO Amir Irsyad Omar
BAPA yang didakwa atas pertuduhan mendera anak perempuannya. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Salman Hamat


Butterworth: Seorang lelaki berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya dan mendedahkan anaknya kepada kecederaan fizikal dan emosi ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, sebentar tadi.

Tertuduh Mohd Shaikful Adli Mohd Afendi didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun.

Mohd Shaikful, dituduh melakukan kesalahan itu di alamat A-03-24 Taman Sungai Dua Utama, 7.23 malam Khamis lalu.

Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenar mengganggu saksi pendakwaan sepanjang tempoh perbicaraan.

Jaminan diberikan juga akan terbatal sekiranya tertuduh melanggar syarat tambahan dikenakan.

Muhammad Firdaus, menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman manakala tertuduh diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 January 2015 @ 11:32 AM