MURID di SKGM yang terpaksa belajar dalam keadaan bersila atas lantai.
MURID di SKGM yang terpaksa belajar dalam keadaan bersila atas lantai.
Asrol Awang dan Mohamad Zulhairie Manzaidi

Gua Musang: Hari pertama sesi persekolahan, semalam, memberi pengalaman baru kepada 220 murid Sekolah Kebangsaan Gua Musang (SKGM), Bandar Lama, di sini, yang terpaksa belajar dalam keadaan duduk bersila di atas lantai berikutan kerusi dan meja membabitkan lapan kelas di sekolah itu musnah akibat ditenggelami banjir.

Sekolah itu turut dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir, bulan lalu, sebelum mangsa terpaksa dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra 1 (SMKTIP1), di sini, selepas ia turut dinaiki air.

Semua kemudahan sekolah itu yang musnah berada di tingkat bawah manakala kelas lain yang berada di tingkat atas dapat meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa berikutan kerusi dan meja berada dalam keadaan baik.

Seorang murid, Mohd Aswadi Harun, 10, berkata, dia menerima pengalaman baru yang tidak pernah berlaku dalam hidupnya apabila terpaksa belajar dalam kelas dengan keadaan bersila di atas lantai.

Katanya, walaupun kurang selesa, dia masih dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:01 AM