VELIZAR Popov. FOTO Syamsi Suhaimi
VELIZAR Popov. FOTO Syamsi Suhaimi
Azlan Hafeedz


Kota Bharu: Bekas jurulatih Kelantan Velizar Popov bingkas menempelak tindakan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang lebih rela melaburkan wang pemberian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk ‘membeli’ import baru sedangkan hutang kepada pengendali terbabit masih belum dilunaskan.

Popov melahirkan rasa tidak puas hati itu menerusi laman sosial Twitter miliknya kelmarin dan masalah sama turut diutarakan bekas pertahanan import Kelantan Jonathan McKain.

“Bila anda dapat duit daripada FAM, ia bermakna supaya anda boleh bayar gaji bekas pemain dan jurulatih untuk mengelakkan mata kena tolak namun, anda lebih memilih untuk melaburkan duit itu dengan membawa masuk pemain import baru,” jelas Popov.

Popov ketika dihubungi untuk mengulas perkara itu berkata, beliau menghormati keputusan bekas majikannya yang berhasrat mengambil pemain import bagi memperkasakan pasukan Kelantan.

Katanya, bagaimanapun KAFA perlu terlebih dulu melangsaikan hutangnya terhadap beliau dan McKain terlebih dulu dengan menggunakan wang yang diberi FAM itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 5:41 AM