ANGGOTA APM menyelamatkan penduduk Kampung Kipaliu.  FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
ANGGOTA APM menyelamatkan penduduk Kampung Kipaliu. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
KEADAAN banjir di Kampung Kipaliu, Sook, Keningau. tamat. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
KEADAAN banjir di Kampung Kipaliu, Sook, Keningau. tamat. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Mohd Ruzaini Zulkepli

ahm@[email protected]

Keningau: Lebih 300 penduduk di Kampung Kipaliu, Sook, Keningau terputus hubungan selepas penempatan mereka dinaiki air, susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Keningau Bakri Isin berkata, pihaknya kini dibantu pelbagai agensi sedang bertungkus- lumus menjalankan operasi memindahkan mangsa.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, terdapat empat rumah penduduk di kampung itu tenggelam sepenuhnya.

"Setakat ini, APM dibantu pelbagai agensi sedang sedaya-upaya menghulurkan bantuan kecemasan bagi memindahkan penduduk terjejas," katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Bagaiamanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Mengulas lanjut, Bakri berkata, banjir itu disebabkan paras air naik Sungai Sook melimpah berikutan hujan lebat sehingga menjejaskan beberapa kawasan perkampungan sepanjang sungai berkenaan.

"Beberapa laluan turut terputus susulan banjir ini, tetapi air mula surut mulai 6 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 12:30 PM