MAMAT (tengah) bersama barisan pelakon Lebuhraya Ke Neraka.
MAMAT (tengah) bersama barisan pelakon Lebuhraya Ke Neraka.

Filem terbaru arahan Mamat Khalid, Lebuhraya Ke Neraka, baru saja dipertontonkan kepada media tempatan petang kelmarin.

Ramai memuji filem itu yang dianggap antara karya terbaik Mamat yang berkisar mengenai kehidupan manusia berdepan gangguan dan muslihat syaitan.

Papa pun tidak sabar menontonnya untuk melihat lakonan Awie, Khir Rahman dan Miera Liyana.

Bagaimanapun, Papa memuji semangat Mamat yang tidak pernah pudar untuk mengarah filem dan berkarya dari jauh.

Ramai tahu Mamat sebelum ini menetap di Ipoh dan baru berpindah ke Tanjung Malim.

Dia akui lebih damai menetap di Perak dan sesekali turun ke ibu negara apabila ada majlis dan urusan penting.

Kalau turun ke Kuala Lumpur, Mamat pasti membawa pengikut yang ramai yang semuanya peminat setia filem arahan beliau.

Apapun kita tunggu kemunculan filem menarik itu pada 4 Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 3:13 AM