Lama tidak muncul di khalayak ramai, Papa tengok kehadiran pasa­ngan selebriti Asmawi Ani atau Mawi bersama isteri, Ekin Rahmat pada malam gala filem Abang Long Fadil 2 mendapat tumpuan ramai.

Mawi hadir memberi sokongan kepada teman-teman terutama Syamsul Yusof yang juga rakan duetnya dalam lagu Kalah Dalam Menang.

Malam gala yang diadakan di pawagam GSC Pavilion Kuala Lumpur itu juga dimeriahkan dengan kehadiran pelakon utama filem berkenaan serta pengarahnya Syafiq Yusof.

Papa yakin ramai akan pergi ke panggung melihat aksi Zizan Razak, Aaron Aziz dan Wak Doyok. Ia filem aksi komedi yang menghiburkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2017 @ 3:36 AM