Paparazi

Kehadiran pelakon jelita Rita Rudaini pada persembahan Afgan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara kelmarin mencuri perhatian tetamu yang hadir.

Ramai tak menyangka Rita juga peminat tegar penyanyi popular Indonesia itu.

Papa yang kebetulan berada pada majlis sama sempat melihat keterujaan Rita datang menyaksikan persembahan Afgan.

Lebih membuatkan Rita gembira apabila Afgan sempat singgah di meja Rita dan bersalaman.

Cuma Papa difahamkan Rita terkedu dan terkejut apabila Afgan meletakkan tangan di pinggang Rita ketika bergambar!

Buktinya lihat saja gambar yang sempat dirakam Papa. Wajah dan air muka Rita menunjukkan dia benar-benar terkejut tetapi gembira.

Apa kata peminat mereka agaknya?

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 April 2017 @ 4:58 AM