Paparazi

Hai, kita bertemu lagi. Kalau minggu lalu, Papa berkongsi gambar pasangan hangat Rita Rudaini dan Donna Muslim duduk makan bersama di kafe, minggu ini pula Papa menampilkan beberapa lagi foto artis tempatan dan luar negara yang diambil secara kandid dan spontan.

Antara yang menarik adalah gambar aktor pujaan Malaya, Zul Ariffin yang berjalan dengan ‘macho’ di tepi sebuah hutan dengan tidak berbaju. Fuh, macam Rambo pun ada!

Papa tak nafikan bentuk badan Zul memang lawa kerana ada ‘six pack’ menyebabkan Papa pun jadi cemburu. Kalau badan tak lawa masakan Zul pernah muncul di muka depan sebuah majalah ‘fitness’ popular tidak lama dulu.

Papa difahamkan, Zul beraksi begitu untuk filem terbarunya, Tombiruo bercorak ‘action-packed’ yang turut menjalani penggambaran di sekitar Hulu Langat, Selangor.

Kata kawan Papa, Zul sanggup kerja keras menurunkan berat badannya sebanyak 13 kilogram demi menghidupkan watak itu. Jadi sama-sama kita tunggu filem itu yang turut dibintangi Farid Kamil dan Nabila Huda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Oktober 2016 @ 5:03 AM