Papa sedar hari ini telefon bimbit memainkan peranan penting dalam hidup masyarakat.

Ia bukan lagi barang kemewahan sebaliknya keperluan.

Sebagai contoh baru-baru ini aktres Fasha Sandha dilihat sempat tersandar di sofa membelek-belek telefon bimbitnya sewaktu menjalani penggambaran telefilem Hanya Tuhan Yang Tahu.

Papa yakin sebagai ketua keluarga Fasha tentu ada banyak hal mahu dipantaunya. Bukan sekadar mengemas kini aktiviti hariannya untuk tatapan peminat, Fasha juga perlu memantau dua cahaya matanya Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima di rumah.

Ramai tahu aktres handalan itu kini semakin besar tanggungjawabnya. Selain perlu terus mencari rezeki dia juga perlu memastikan kelengkapan harian dua anaknya itu sentiasa berada dalam keadaan okey.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 April 2017 @ 12:32 AM